Assalamualaikum

KETAHUI MAKANAN PENCEGAH RADANG

By August 16, 2018

Tubuh manusia dilengkapi dengan sistem pertahanan yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari jangkitan penyakit. Apabila virus atau kuman hadir, sistem ini akan mengaktifkan tindak balas RADANG (inflamation) untuk memberi isyarat kepada sistem pertahanan badan untuk bertindak.
Namun begitu, kadang kala tindak balas radang akan berlaku secara berterusan tanpa sebarang ancaman dari sebarang jangkitan. Apabila keadaan ini berlaku, tindak balas RADANG ini akan menjadi musuh kepada tubuh badan manusia.
Apakah kesan tindak balas radang berterusan kepada tubuh?
ia akan menyebabkan penyakit kronik seperti ;
Kanser
Penyakit metabolik
Penyakit sendi
Kemurungan
Masalah nyanyuk

Apakah cara untuk menghentikan dan mencegah radang yang berterusan ini?
Bukan menerusi ubat ubatan di farmasi, kaedah untuk mencegah radang adalah menerusi MAKANAN!
Kajian telah membuktikan makanan makanan berikut mampu memberi kesan positif;
- Tomato
- Sayuran berdaun hijau
- Buah buahan
- Kekacang
- Minyak zaiton
- Ikan
* Dapatkan maklumat dan pemeriksaan lanjut pada doktor anda.
Terdapat juga makanan yang boleh menyebabkan keradangan seperti ;
- Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula
- Makanan proses
- Daging yang telah di proses
- Kentang goreng dan makanan bergoreng lain
- Karbohidrat yang telah di proses seperti - roti dan pastri
- Minuman berkarbonat
Kesimpulannya, agak mudah untuk mempraktiskan tips makanan anti radang ini kerana kebanyakan makanan anti radang adalah makanan dari sumber semulajadi yang sememangnya di ketahui mengandungi pelbagai khasiat.
Makanan punca radang pula adalah makanan proses yang sememangnya di ketahui mengandungi banyak garam, gula dan lemak.


You Might Also Like

0 comments